Main Content RSS FeedRecent Articles

Kawan Lama Pun Tak Kenal? »

Wei, aku tak brape sempat nak update blog smenjak dua menjak ni. Tapi aku akan kembali aktif lepas bulan Ogos 2008. Jadi, apa kata ko Subscribe Feed blog ni, senang sket kerja ko! Oh, Izz dah pandai naik walker, tengok dia kat sini!

Kursus aku ni akan berakhir minggu depan. Aktiviti terakhir adalah makan malam dengan KSN. Tak sangka aku boleh jadi mat giat jugak dalam kursus ni sejak akhir-akhir ni. Untuk malam makan malam dengan KSN aku akan menyertai persembahan pasukan gamelan. Tak sangka ek, rupanya aku ada bakat main gendang.. hahaha.

Yang paling tak best. Baru tadi aku kenal sorang budak yang sebelum ni pernah keja satu jabatan ngan aku. Dia yang cakap macam penah tengok muka aku. Lepas 6 bulan baru dia tanya, rupanya betul dia keja satu jabatan ngan aku, cumanya dia di ibu pejabat aku di Penang. Hampeh kan? Habis tu dalam 6 bulan apsal tak tanya? Haha.. nak harapkan aku tanya, macam tunggu buah yang tak gugur lah. Pulak tu, kampung dia kat Air Putih, Penang plak tu, dekat-dekat ngan kampung aku kat Penang… dunia, dunia…

Tak sabar sebenarnya nak habiskan kursus ni….

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Shape Your Words, Shape Your Future »

Rumusan Ceramah “Shape Your Words, Shape Your Future”
oleh En Azmi Shahrin

Pengucapan awam (public speaking) yang bagus bukanlah boleh dicapai sehari dua tetapi memerlukan latihan yang konsisten dan berterusan. Perkara penting yang perlu diutamakan oleh seorang pengucap awam (speaker) adalah mengatasi rasa gemuruh dan dapat memberikan ucapan dengan penuh keyakinan dan sebutan yang jelas. Ini perlu supaya semua pendengar dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh seseorang pengucap awam itu.

Empat petua yang perlu diikuti untuk menyampaikan pengucapan awam yang berkesan adalah salah satunya ialah memvariasikan kekuatan suara (volume) dan juga memvariasikan kelajuan pengucapan (speed) mengikut keadaan-keadaan yang bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, apabila menceritakan sesuatu situasi kecemasan, elok pengucapan itu dilajukan sedikit bagi memberikan pendengar lebih gambaran bahawa apa yang disampaikan itu bersifat kecemasan atau situasi perlakuan yang pantas.

Jika apa yang ingin disampaikan pula berbentuk sedih, maka amatlah wajar suara itu tidak dikuatkan (tetapi tidaklah sampai tidak didengari) dan diucapkan secara perlahan-lahan agar pendengar juga dapat menghayati apa yang ingin disampaikan. Agak kekok jika sesuatu yang sedih diceritakan dengan suara yang kuat dan laju kerana pendengar tidak akan dapat menghayati apa yang disampaikan.

Pengucap awam juga perlu mengelak daripada bercakap terlalu laju agar dapat mengurangkan penongkat kata. Penongkat kata adalah perkataan yang tidak bermakna seperti “er..” dan “em..” yang disebut semasa memikirkan perkataan seterusnya yang ingin diucapkan. Penongkat kata ini selalunya muncul apabila seorang pengucap awam itu bercakap lebih laju daripada berfikir atau menyusun ayat.

Semasa menyampaikan pengucapan awam, seorang pengucap awam perlu berdiri dengan betul agar pendengar dapat menumpukan perhatian kepada apa yang ingin diucapkan dan supaya pendengar tidak rimas dengan gerak geri penyampai. Cara yang berdiri yang betul sewaktu menyampaikan satu pengucapan awam adalah dengan berdiri tegak dan membuka kaki selari dengan bahu. Ini adalah cara berdiri paling ideal semasa menyampaikan pengucapan awam. Tangan seorang pengucap awam pula boleh diangkat seperti dalam keadaan membaca doa iaitu tapak tangan diangkat separas dengan dada.

Dalam keadaan berdiri seperti ini, pengucap awam boleh menyampaikan ucapan dengan selesa dan boleh memberikan isyarat tangan dengan selesa sekiranya perlu.

Satu lagi petua penting dalam memberikan pengucapan awam yang baik adalah dengan memberikan mimik muka yang sewajarnya sewaktu menyampaikan ucapan. Sebaiknya mimik muka sudih diberikan sewaktu menyampaikan satu situasi yang sedih dan mimik muka gembira dilakarkan semasa menceritakan sesuatu yang menggembirakan. Mimik muka yang sesuai boleh menjelaskan sesuatu yang ingin digambarkan oleh seseorang pengucap awam.

Petua terakhir untuk memastikan apa yang diucapkan oleh seorang pengucap awam mendapat perhatian daripada pendengar adalah pandangan mata “eye contact” pengucap awam yang dapat ditujukan kepada semua pendengar. Dengan memandang kesemua sudut dewan atau dengan mengadakan pertemuan mata dengan semua pendengar akan membuatkan pendengar lebih berminat untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh seseorang pengucap awam.

Namun begitu, mustahil untuk seorang pengucap awam memandang ke arah semua pendengar. Oleh itu, seorang pengucap perlu bijak memandang pendengar. Salah satu cara mengadakan pertemuan mata dengan semua pendengar adalah membahagikan dewan kepada beberapa bahagian. Apabila menyampaikan ucapan, pengucap awam boleh memandang ke suatu arah selama beberapa saat dan mengalihkan pandangannya ke sudut lain pula. Pendengar akan beranggapan bahawa seorang pengucap itu telah menguasai keseluruhan dewan kerana telah melakukan pertemuan mata dengan kesemua pendengar.

Sebagai kesimpulan, pengucapan awam yang baik dan berkesan boleh dihasilkan dengan beberapa langkah iatu dengan memvariasikan kekuatan suara dan kelajuan ucapan, berdiri dengan betul dan selesa, membuat mimik muka yang bersesuaian dengan isi ucapan dan yang terakhir adalah memastikan berlaku eye contact antara pengucap awam dan pendengar. Namun, perkara asas yang paling penting adalah menghilangkan rasa gemuruh terlebih dahulu sebelum memulakan pengucapan awam. Ini dapat dilakukan tidak lain tidak bukan hanyalah dengan membuat latihan yang konsisten dan berterusan.

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Ikut Org Kg Cari Org Sesat Dlm… »

Ikut org kg cari org sesat dlm hutan. Nasib baik jumpa. Rasa puas giler jmpa wpun pacat gigit smpai ke perut aku. Ceh!

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Aku Skrg Ada Di Kg Gemuncung, … »

Aku skrg ada di kg gemuncung, cheka 1, kuala lipis, phg. Aku dok kawasan rural ni. Nak smpai siap kena sbrang sungai lg…

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Izz Dah Tumbuh Gigi Dah. Dah B… »

Izz dah tumbuh gigi dah. Dah besar anak aku..kejap je rasanya!

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Giler Boring. Ini Kalo Lena Be… »

Giler boring. Ini kalo lena best ni. Lecturer ni apa dia ajar ni. Aku dah sangap tahap dewa dah ni!

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Leadership Class: Mahathir Is … »

Leadership Class: Mahathir is authocratic and PakLah is democratic leader. But why so lembik?

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Practice Teater. Cikgu X Cun. … »

Practice teater. Cikgu x cun. Pelakon x cun. Huh, mcm citer wak dogol je kalo mcm ni. Errk..boring!

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Sumpah Tak Buat Lagi! »

Bacalah kisah ni sampai habis, kalo korang tak tersentuh hati, mungkin korang takder hati…

=======================

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan
harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak
kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu
minyak dah habis…

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
‘Siapa punya kerja ni?’

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
‘Tak tahu… !’

‘Saya tak tahu Tuan..! ‘

‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si
isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari
keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh..
cantik kan!’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik
lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tang an kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak
keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur
bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas
tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita
demam..’ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa
ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah
menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-
dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….

‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak
conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan
untuk lepaskan geram & marah anda….”

p/s: Terima kasih kepada kawan lama yang kirimkan cerita ni ke inbox aku. Kalo ikut Islam, anak-anak ni dari lahir sampai umur 7 tahun kita kena ajar dengan kasih sayang saja, tak perlu pukul-pukul. Lepas 7 tahun kena ajar sembahyang, itu pun kena ajak, bukannya kena pukul. Lepas 10 tahun baru lah boleh pukul, itu pun atas alasan sebab perkara paling besar iaitu nak suruh dia sembahyang…

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Izz Kurang Sihat: Mungkin Sebab Tak Minum Susu Ibu? »

Sapa kata susu ibu tak berkhasiat?

Yang aku perasan, Izz jarang-jarang demam masa dia minum susu ibu dari umur dia baru lahir sampai ke enam bulan. Walaupun dia tak reti nak hisap tetek tapi aku paksa jugak dia minum susu ibu. Aku belikan dia botol susu yang paling mahal ada kat pasaran dan aku paksa isteri aku perah susu dan simpan dalam peti ais sebab isteri aku bekerja.

Izz jarang-jarang sekali demam bila dia minum susu ibu tu walaupun susu ibu tu susu yang disimpan dalam peti ais dan dia hisap susu tu pakai botol.

Tapi lepas Izz dah tak minum susu lagi sebab susu ibu dia dah tak banyak lepas dia umur enam bulan, Izz kerap benar demam. Seingat aku dalam sebulan adalah dua kali dia demam. Aku dah naik risau. Hari ni dah lebih seminggu badan dia tak berapa sihat. Siap dengan batuk lagi.

Orang tua-tua kata budak-budak ni dia demam sebab dia nak ‘dapat’ sesuatu. Ialah, hari tu dia demam sebab nak boleh meniarap, pastu demam sebab nak boleh angkat badan, dan kali ni, kalo ikut kata isteri aku tadi, dia dah boleh menjulur dah.

Aku tak nafikan tu. Tapi bagi aku susu ibu tetap susu yang terbaik. Namun apakan daya ibu Izz dah kering susu sekarang ni. Kesian benar tengok budak-budak demam ni. So, suka aku sarankan, kalo korang ada isteri yang tidak bekerja, bagilah susu ibu kat anak-anak korang. Susu ibu sangat berkhasiat!

Aku jadi macam ni sebab aku minum susu ibu sampai umur dua tahun. Aku bangga jadi anak yang membesar dengan susu ibu. Sebab susu ibu bessstttt…

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl